
Penghujung tahun, bulan Disember ini bermulalah musim banjir di Terengganu, Kelantan dan beberapa negeri lain. Saban tahun kejadian banjir bukan lagi sesuatu yang asing buat penduduk setempat, lebih-lebih lagi rumah yang berada di kedudukan berhampiran sungai.
Ini berlaku kerana musim tengkujuh yang mana hujan lebat turun tanpa henti sehinggakan bacaan air di sungai-sungai meningkat dan melimpah. Namun apakan daya, terp4ksa juga m4ngsa-m4ngsa banjir ini laluinya.
Benc4na alam ini pastinya menyebabkan banyak kerosakan harta benda dan m4ngsa-m4ngsa memerlukan bantuan makanan, perubatan dan sebagainya. Menjadi tanggungjawab bersama dalam membantu sesama masyarakat, dari banjir di Terengganu, Kelantan, Pahang dan negeri lain ini dapat dilihat suasana bergotong-royong menjaga sesama kejiranan.
Baru-baru ini tular di sosial media dengan satu video yang memaparkan sebuah lori meredah banjir. Dalam video berdurasi satu minit dua saat itu, kelihatan sebuah lori besar sedang meredah banjir yang agak dalam dan deras airnya.
Inilah dia pemikiran di luar kotak penalti. Punya payah kita nak fikir kenapa pemandu lori ini begitu berani. Tambahan pula ada kanak-kanak dalam ini. Semoga semuanya selamat. Kejadian di Terengganu. pic.twitter.com/jARSdc0WUt
— MyWatch (@My_CrimeWatch) November 30, 2019
Rakaman tersebut meraih lebih 100,000 tontonan dan 3,200 retweets serta 1,600 likes.
Melalui ruangan kapsyen, difahamkan kejadian itu berlaku baru-baru ini ketika banjir di Terengganu.
Rata-rata netizen meninggalkan reaksi mereka di ruangan komen seperti berikut:
“Nih kalau tenggelam jadi kapal selam ka?”
“Video ni berjaya diupload ke internet. Jadi saya expect, mereka selamat”
“Ni kalau Elon Musk tengok video ni…”
Sumber: My_CrimeWatch via HCL
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang
Leave a Reply