“Tidak Pernah Saya Temui Lelaki Ikhlas Menyayangi Saya” – Azira Shafinaz & Yasser Khan Kembali Bercinta

Pelakon dan juga penyanyi kumpulan De Fam, Azira Shafinaz mengakui telah kembali bercinta semula dengan kekasihnya, Yasser Khan selepas mereka berpisah selama enam bulan.

Dipetik dari Gempak, Azira memberitahu bahawa telah kembali ke pangkuan kekasihnya pada Ramadan lalu kerana Yasser mempunyai segala kriteria yang dicari.

“Kami putus dahulu bukan disebabkan orang ketiga atau kerana curang, cuma mungkin Allah mahu menguji keteguhan cinta kami.

“Bohong jika kami pernah tidak bergaduh atau bermasam muka, lebih lagi hubungan kami sudah berlanjutan hampir enam tahun. Ada ketika, perkara yang kecil boleh menjadi isu besar.

“Kami perlukan tempoh untuk bertenang dan muhasabah diri. Keputusan itu memberi kami ruang untuk berfikir semasak-masaknya, sama ada mahu mengakhiri atau memperbaiki hubungan yang berantakan

.

tak pernah jumpa lelaki ikhlas sepertinya, azira shafinaz kembali bercinta

“Paling utama, dia mementingkan agama. Dia selalu menekankan mengenai solat dan mampu membimbing saya ke arah kebaikan.

“Saya selalu memberitahu rakan, saya mahukan ‘imam’ yang dapat membimbing, bukan lelaki yang hanya memandang kesempurnaan luaran, tetapi gagal membentuk saya.

“Tidak pernah saya temui lelaki yang ikhlas menyayangi saya seperti Yasser. Biarpun hubungan kami pernah diuji dengan perpisahan, Yasser tidak berputus asa memujuk dan memperbaiki kelemahan yang ada,” katanya.

Sumber: Gempak

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

Be the first to comment

Leave a Reply