Sejak semalam, pelakon popular drama Kampung People iaitu Elly Mazlein ada berkongsikan beberapa posting mengenai malam majlis berinai.
Malam berinai Elly Mazlein hari ini
Pada 19 Oktober lalu berlangsungnya majlis merisik manakala pada 17 Disember lalu, Elly Mazlein atau mesra dipanggil Kak Lina Pom Pom ini mengikat tali pertunangan bersama jejaka pilihannya, Mohamad Azlan yang merupakan seorang cikgu berasal dari Kelantan.
Bagaimanapun, menerusi perkongsian pelakon ini dilaman Instagram pula dia memuat naik persiapan majlis malam berinai selain berkongsikan satu rakaman video bersama bakal suami.
Bagaimanapun, kata bintang Kampung People ini dia akan belanja gambar bakal suaminya nanti yang turut sinonim dengan panggilan Papa Awan Nano.
“Izinkan aku merasa secebis kebahagian…. InsyaAllah esok kakak Lina akan lanja gambar bakal suami #PapaAwanNano dan juga Sefhia…”
Dalam pada itu, Elly Mazlein menerusi posting juga berdoa semoga majlisnya itu berjalan dengan lancar. Ini antara persiapan dikongsikan oleh pelakon dan pengacara terkenal ini menerusi laman Instagram.
Dalam pada itu, diruangan komen rata-rata peminat dan pengikut meluahkan rasa syukur dan tumpang gembira dengan kebahagian Elly Mazlein yang sudah tidak lama lagi bakal bergelar isteri buat jejaka pilihannya itu.
Malahan, pelakon drama Kampung People ini juga tidak henti-henti menerima ucapan tahniah daripada mereka yang turut mendoakan dirinya.
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DD
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang
Sumber: Elly Mazlein/ HCL
Leave a Reply