Connect with us

Hiburan

“Kamu Nampak Sangat Tenang & Indah…”- Sazzy Falak Terbang Ke Jakarta, ‘Jumpa’ Ashraf Sinclair Kali Terakhir

Published

on

Pelakon dan pengacara, Sazzy Falak sempat memberi penghormatan terakhir buat sahabatnya arw4h Ashraf Sinclair selepas bergegas terbang ke Jakarta sebaik sahaja menerima berita pemerg1an yang mengejutkan itu.

Sazzy yang ditemani suami, Nash Idrus sempat melihat pengebvmian Ashraf di kompleks pemakaman San Diego Hills, Karawang, Jawa Barat, Indonesia pada Selasa.

Menurut Sazzy yang berada di majlis pengebvmian itu, Ashraf kelihatan sangat tenang dan semua proses serta urusan jen4zah dipermudahkan.

“Kamu kelihatan sangat tenang dan indah Ash (panggilannya untuk arw4h). Semuanya berlaku seperti magik harini dan kami tiba disini dengan mudah tanpa halangan.

“Kasih sayang yang diberikan oleh semua sangat hebat kerana kamu seorang yang sangat baik dan penyayang. 

“Kamu telah menyentuh hati semua orang. Hati saya juga pilu tapi saya juga bangga apabila melihat ramai yang menyayangi kamu,” tulisnya.

Sazzy berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya menerusi InstaStory.

 

Sebagai teman rapat, hati Sazzy terkesan dengan pemergian aktor yang menempa nama di negara seberang itu akibat ser4ngan jantung di Jakarta, Indonesia, pagi semalam.

Sazzy dan arw4h Ashraf pernah bergandingan menerusi program Beat TV, selain membintangi drama Gol & Gincu suatu ketika dulu.

Menceritakan kembali bagaimana Sazzy menerima perkhabaran tersebut, ibu kepada anak kembar itu akui sangat terkejvt.

“Saya masih mengimbas kembali momen ketika membaca mesej pemerg1an kamu pagi tadi dan bagaimana luruh jantung ini. Bagaimana berita yang disiarkan menyentap nafas ini. 

“Saya sampai terlempar sandwic yang berada di tangan dan berlari ke Nash (suami) hingga terdiam tanpa bicara. Saya berikan telefon kepada Nash dan dia sendiri cukup terkejvt.

“Kamu pergi terlalu awal sahabatku. Kamulah antara insan yang akan meyakinkan saya dalam suatu keadaan diri ini tidak pasti. Kamu juga sangat peka, sangat memahami dan cukup menyedari bagaimana proses hidup ini. 

“Memori kamu akan terus hidup dan saya akan pastikan perkara itu. Saya harap kamu tenang di sana, Ash,” tulisnya.

 

Sazzy turut merakamkan ucapan takziah kepada keluarga kandung dan mentua arw4h.

“Semoga r0hnya dicucuri rahmat dan semoga beliau ditempatkan bersama kalangan yang beriman,” ucapnya.

Ashraf Sinclair, pelakon kelahiran Malaysia yang menempa nama di Indonesia itu dilaporkan men1nggal dunia akibat serangan jantung kira-kira jam 4.40 pagi (waktu tempatan).

allahy4rh4m meninggalkan seorang balu dan anak lelaki bernama Noah berusia 10 tahun.

Sumber : Gempak

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Trending