Connect with us

Hiburan

Bakal Tampilkan Pembaharvan, Ini Perancangan Siti Nordiana Untuk Tahun 2020!

Published

on

 

Penyanyi Siti Nordiana atau mesra disapa Nana mahu menumpukan lebih perhatlan dalam bidang nyanyian berbanding lakonan dalam tahun ini.

Menurut Nana, dia masih belum menerima sebarang tawaran berlakon drama, namun akan melancarkan single terbaru tidak lama lagi.

“Fokus saya dalam tahun 2020 ini adalah lebih kepada nyanyian berbanding lakonan, setakat inipun saya masih belum menerima sebarang tawaran berlakon drama.

“Untuk perkembangan muzik, saya sedang dalam pr0ses untuk melancarkan single terbaru yang akan dilancarkan dalam tahun ini.

“Lagu tersebut merupakan ciptaan Sharon Paul dan Fedtri Yahya, namun saya masih mer4hsiakan tajuknya setakat ini,” ujarnya.

Nana berkata demikian ketika ditemui di majlis sidang media dan pengumuman senarai pencalonan 5 teratas Anugerah MeleTOP Era 2020 (AME2020) di Envi Skydining, Kuala Lumpur pada Selasa.

Tambah Nana, dia mencuba pembah4ruan dengan menget3ngahkan genre Rock Gothic dalam single terbarunya itu.

“Untuk single tersebut, saya cuba pembaharuan dengan mengetengahkan genre Rock Gothic buat pertama kalinya sepanjang bergelar penyanyi.

“Dari segi vokal, saya yakin nyanyian saya masih sesuai memandangkan muziknya tidaklah terlalu ker4s dan masih menyelitkan el3men kemelayuan,” tambahnya.

 

Nana telah berada dalam senarai top 5 pencalonan bagi kategori Lagu MeleTOP, Penyanyi MeleTOP, Artis Versatil MeleTOP dan Grup/Duo MeleTOP (bersama Khai Bahar).

Dengan tagline ‘Yang Epik, Yang Legend’, AME2020 bakal bersiaran secara langsung pada Ahad, 21 April 2020, jam 9:00 malam bertempat di Axiata Arena, Bukit Jalil.

 

AME2020 akan bersiaran secara eksklusif di Astro Ria (104) dan Ria HD (123).

Istimewa kali ini, pelanggan Astro yang memiliki dekoder Ultra Box boleh menyaksikan AME2020 daam format resolusi kualiti 4K UHD.

 

Untuk pilihan lebih fleksibel, AME2020 turut boleh diakses menerusi perkhidmatan Astro Go dan On Demand.

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DD

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

Sumber: Gempak

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Trending