“Awak tahu yang saya ni baru 15 tahun”- Cik B

Populariti anak perempuan kepada usahawan popular Dato Sri Vida iaitu Cik B semakin melonjak dalam kalangan netizen. Gelagat Cik B sentiasa menjadi tumpuan ramai lebih-lebih lagi semenjak video Cik B menari di aplikasi Tik Tok diiringi dengan suara Azwan Ali telah tular di laman sosial. Cik B dikenali ramai dengan sikapnya yang bersahaja dan spontan itu.

Siapa sangka, cik B yang baru berusia 15 tahun ini sudah mempunyai peminatnya sendiri. Peminat cik B dengan beraninya telah membuat pengakuan menyimpan hati kepada anak usahawan popular ini. Menerusi laman Twitter peminat Cik B tersebut yang menggunakan akaun Twitter Membaybayl itu, dia meluahkan perasaan suka kepada Cik B secara terbuka.

Lebih mengejutkan lagi apabila peminat Cik B itu sendiri menyatakan hasrat untuk keluar dating dengan Cik B. Amboi bukan main lagi ya… Cik B juga tidak ketinggalan, memberi komen menerusi tweet yang dimuatnaik peminatnya itu dan memberitahu dia baru berusia 15 tahun.

Pengakuan peminat Cik B itu ternyata mengundang perhatian daripada netizen dan rata-ratanya memberikan pelbagai reaksi menerusi ruangan komen.

“Semoga bahagia Cik B”- Netizen

“Cik B ni cantik sebenarnya, kena bergaya sikit. Makeup mula mula kekok lama2 nanti dah biasa”- Netizen

Amboi Cik B baru 15 tahun dah ada peminat tapi takut mama dia tak bagi bercinta pulak. Peminat Cik B tu nampaknya kena minta izin mama dia dulu lah yaa..

Sumber: Twitter HavocCikb via Orenlaici

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

Be the first to comment

Leave a Reply