COVID-19: “Ada Hikmah…Sekurang-kurangnya, Ada Banyak Masa Lagi Untuk Berlatih” – Konsert Khai Bahar Ditvnda

 

Konsert Khai Bahar: Dari Smule Ke Pentas Dunia yang sepatutnya berlangsung di Panggung Sari, Istana Budaya (IB) pada pada 27 dan 28 Mac depan, ditangguhkan sebagai langkah penceg4han penularan COVID-19.

Penganjur konsert, Fauziah Ahmad Daud berkata, syarikatnya, Ogy Ventures & Network Sdn Bhd membuat keputusan men4ngguhkan acara berkenaan demi keselamatan semua pihak.

Menafikan konsert berkenaan dibatalkan, Fauziah atau lebih mesra disapa Ogy berkata, tarikh baharu acara berkenaan akan diumumkan selepas pihaknya berbincang dengan pengurusan IB, lusa.

“Selepas berbincang dengan produksi dan sebagai mematuhi arahan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, kita setuju menangguhkan konsert ini kepada tarikh lain.

“Peminat yang sudah membeli tiket tidak perlu risau kerana konsert ini ditvnda, bukan dibatalkan.

Sebarang perkembangan terbaru mengenai acara ini akan saya maklum dari masa ke semasa,” katanya. 

Ogy bagaimanapun melihat penangguhan konsert terbabit sebagai hikmah kepada pasukan produksi termasuk Khai.

“Khai terima berita ini dengan berlapang dada. Sekurang-kurangnya, Khai ada banyak masa lagi untuk berlatih bagi memantapkan persembahan,” katanya.

Konsert berskala mega itu bakal menyaksikan Khai menyanyikan hampir 20 lagu popular.

Sumber: BHOnline

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DD

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

Sumber: Gempak

Be the first to comment

Leave a Reply