Berkawan 4 Tahun, Luqman Hafidz Akhiri Zaman Bujang Dengan Wanita Pilihan

 

Pelakon Luqman Hafidz selamat menamatkan zaman bujang dengan wanita pilihan hatinya, Nurul Atiqah Mad Apandi dalam satu majlis pernik4han yang diadakan secara tertutup petang tadi.

Luqman atau nama sebenarnya, Muhd. Luqman Hafidz Mohd. Fauzi, 29, dinik4hkan oleh bapa pengantin perempuan sendiri di kediamannya di Bandar Mahkota Cheras, Selangor pada pukul 4 petang.

“Saya baru sahaja menamatkan zaman bujang saya bersama pasangan saya Nurul Atiqah. 

“Majlis persendirian ini dihadiri wakil keluarga pihak lelaki dan pihak perempuan. Hanya 10 orang termasuk tok kadi dan s4ksi sewaktu majlis. Alhamdulillah semuanya sudah selesai,” katanya ketika dihubungi Gempak.

 

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Assalamualaikum, saya baru sahaja menamatkan zaman bujang saya bersama pasangan saya Nurul Atiqah. Majlis persendirian ini di hadiri wakil keluarga pihak lelaki dan pihak perempuan, selaras dengan peraturan yg ditetapkan oleh kerajaan dalam usaha mencegah covid19. Alhamdulillah semuanya sudah selesai. In sya Allah majlis sanding akan di lakukan sesudah selesainya kemelut covid19. Terima kasih yg mendoakan, dan semoga anda semua sentiasa berada dalam lindunganNya. Amin.

A post shared by Luqman Hafidz (@luqmanhafidzx) on

Jelasnya, dia sudah mengenali Nurul Atiqah, 29, yang bekerja dalam sektor hartanah sejak empat tahun lalu.

Dalam pada itu, pelakon filem Ola Bola itu berkata, majlis persandingan akan diadakan kemudian, selepas selesai kemelut COVID-19 yang sedang melanda negara.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DD

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

Sumber: Gempak

Be the first to comment

Leave a Reply