“Risau Saya!”- Erra Fazira Rayu Peminat ‘Unfollow’ Akaun Facebook Ini

Rupanya banyak lagi pihak yang tak berhati perut dengan mengambil k3sempatan dengan populariti seorang artis untuk faedah mereka tersendiri.

Ramai yang terpedaya dengan beberapa halaman Facebook menggunakan nama artis popular, malah tanpa segan membalas komen. Lebih menyakitkan hati, dengan jumlah pengikut yang ramai, tergamak mereka mempromosikan sesuatu yang tak sepatutnya.

Terbaru, pelakon dan penyanyi Erra Fazira telah merayu kepada semua peminatnya supaya segera “unfollow’ halaman facebook dengan mengunakan nama beliau.  Akaun laman sosial Facebook palsu itu yang telah menggunakan nama ‘Erra Fazira’ sekaligus berkongsi isi kandungan yang tidak sepatutnya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Assalamualaikum.. . Saya rasa saya dah pernah warwarkan.. dan saya mohon utk unfollow FB ini.. tapi nampaknya FB ni terus aktif dan ramai pulak followers.. risau saya. Dah la acc ni post macam2 benda yg tak sepatutnya.. . ? . . Nak buat macamana yaa?? Ada yg bole bagi idea..??

A post shared by Erra Fazira (@errafazira) on

 “Assalamualaikum. Saya rasa saya dah pernah warwarkan dan saya mohon untuk unfollow FB ini. Tapi nampaknya FB ni terus aktif dan ramai pulak followers. Risau saya. Dah la acc ni post macam2 benda yg tak sepatutnya. Nak buat macamana yaa?? Ada yg bole bagi idea?”- tulisnya di Instagram

Lebih mengejutkan, beberapa nama selebriti dilihat mengikuti halaman palsu ini. Buat masa ini, akaun Facebook rasminya adalah dengan nama Eera Fazira Wan Chek.

Rata-rata peminatnya menasihati Erra supaya membuat lapor4n kepada pihak berkuasa dan pesalah seharusnya diambil tindakan.

Kami berharap selepas ini tiada lagi yang tertipu dan terus follow akaun palsu tersebut. Zaman sekarang memang ramai yang suka ambil k3sempatan dari populariti orang lain untuk kepentingan sendiri.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

Sumber: murai.my

Be the first to comment

Leave a Reply