Zack Budak Kacamata Jual Barang Kulit, Tak Perlu ‘Bantuan Khas’

Memetik lapor4n mStar, penyanyi lama Zack Budak Kacamata berkongsi kisah hidupnya menjadi penjual barangan kulit biarpun tiada job sebagai penyanyi. 

Dalam pada itu, Zack memberitahu dia dan beberapa rakan artis tidak memerlukan bantuan daripada kerajaan namun hanya mahu royalti daripada Recording Performers Malaysia (RPM) yang sudah lama tertunggak.

 

Menurutnya, sebagai artis mereka tidak seharusnya bergantung kepada satu pekerjaan untuk menampung hidup. Mereka juga harus bersedia dengan pekerjaan sampingan untuk menghadapi hari sukar seperti Perintah Kawalan Pergerakan yang dilaksanakan.

 

Zack dari kumpulan Budak Kacamata tidak mengharapkan bantuan sesiapa kerana baginya, rezeki itu datang dari pelbagai cara.

“Saya pelik apabila isu ini timbul sedangkan saya dan ramai kalangan artis lama tidak pun mengharapkan apa-apa bantuan khusus daripada kerajaan” katanya kepada wartawan.

 

“Malah, kami semua masih mampu mencari rezeki dengan pelbagai cara seperti berniaga. Saya sendiri ada membuka kedai membuat barangan kulit. Sebelum ini, saya pernah berniaga nasi lemak, jual burger dan macam-macam.

“Bagi saya, artis tak perlu minta sedekah! Saya melihat artis zaman sekarang ada masalah attitude. Artis zaman dahulu berkarya dalam industri seni untuk seronok sahaja.

 

“Kalau tiada job pun, kami masih boleh sara hidup dengan jual goreng pisang. Artis sekarang sekadar nak hidup dalam dunia glamor dan tayang kemewahan di laman media. Tapi, bila waktu susah ini, tiba-tiba minta bantuan pula” katanya lagi.

Semoga nasihat Zack ini diterima baik oleh artis-artis yang berkenaan. Jangan lagi timbulkan kontr0versi seperti ini, hidup biar sederhana jangan riak dan tunjuk mewah. 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

Sumber: cari

Be the first to comment

Leave a Reply