Kanak2 berkeliaran waktu PKP menangis disergah polis, tapi tindakan abang polis ni akhirnya memang menyentuh hati

Baru-baru ini, tular sebuah video di Facebook memaparkan sekumpulan kanak-kanak sedang berkeliaran di luar, telah didatangi oleh seorang anggota polis yang menegur tindakan mereka berkeliaran di waktu PKP.

Di dalam rakaman yang berdurasi 2 minit 46 saat, dilihat sekumpulan kanak-kanak itu menangis ketakutan selepas disoal dan diberitahu oleh anggota polis tersebut, untuk membawa mereka semua ke balai polis.

Bagaimana pun, di pertengahan video anggota polis itu perasan terdapat salah seorang daripada mereka membawa bakul berisi kentang goreng untuk dijual. Justeru, anggota itu telah membeli k3semua jualan kanak-kanak itu.

Pendekatan anggota polis tersebut dipuji netizen,dalam bersikap tegas masih lagi ditunjukkan sifat murni untuk menolong kanak-kanak ini.

Setakat ini lokasi belum dapat dikenal pasti, tetap diharapkan, ibu bapa selepas ini harus lebih tegas dan peka dengan keadaan anak-anak dan tidak sambil lewa dalam menjalani arahan PKP.

Sumber : Dzul SP via hmtpress.allnws

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

Be the first to comment

Leave a Reply