
Pelakon, Ashraf Muslim mengesahkan positif C0VID-19, sekembali menjalani penggambaran drama bersiri, Demi di Inverness, Scotland, penghujung bulan lalu.
Sekian lama berdiam mengenai keadaan dirinya, Ashraf akhirnya berkongsi luahan hati menerusi entri Instagram (IG), tengah hari ini.
Ashraf memohon maaf kepada semua pihak termasuk rakan media kerana memilih tidak memberikan sebarang kenyataan.
“Tanggal 12 April lalu menjadi jawapan bagi saya mengenai keputusan ujian C0VID-19.
“Ya, saya dijangkiti virus C0VID-19. Sewaktu itu walaupun sebak mendapat tahu jawapannya, tetapi saya reda dengan pilihan Allah.
“Ada hikmah di sebaliknya. Datang ‘nervous’ dan macam-macam perasaan apabila masuk ambulans.
“Maafkan saya ahli keluarga, sahabat dan rakan,” kongsinya.
Dalam entri itu, Ashraf turut memohon doa orang ramai untuknya dan mereka yang disahkan positif C0VID-19.
Bagaimanapun, Ashraf tidak mendedahkan secara terperinci lokasi hospital menjalani raw4tan dan kuarantin.
“Tolong doakan yang baik untuk saya dan pes4kit C0VID-19. Semoga Allah jauhkan wab4k ini, tidak berterusan dan menyihatkan semua.
“Saya juga ingin memohon maaf kepada rakan wartawan yang menghubungi saya. Harap faham dengan situasi saya sekarang.
“Tak lupa kepada petugas barisan hadapan seperti doktor, pembantu perubatan, jururawat dan mereka yang terbabit. Terima kasih, kalian adalah hero kami,” tulisnya.
Pelakon filem Aku Masih Dara dan Bukan Cinta Malaikat itu berkata, dia berharap keluarganya mendoakannya dijauhi segala k3sulitan.
“Kepada Mama, Ibu, Sarah, Adam, Anas dan Safiyyah, doakan ayah supaya pulih daripada virus ini dengan cepat. Supaya kita dapat berjumpa beramai-ramai.
“Ayah rindu sangat, tetapi jangan risau ayah okay, sihat, boleh solat dan baca al-Quran seperti biasa.
“Berprasangka baik pada Allah. Hanya Allah memberikan peny4kit dan memberikan k3sembuhan,” tulisnya.
Kumpulan produksi drama Demi berlepas ke Scotland pada 9 Mac lalu, sebelum k3s penularan C0VID-19 ketara dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) belum dikuat kuasa.
Seramai 18 tenaga kerja termasuk pengarah, pelakon dan kru yang menjalani penggambaran drama 26 episod siaran RTM itu tiba di Kuala Lumpur pada 31 Mac lalu.
Sebelum ini, lapan tenaga kerja pasukan produksi termasuk pengarah, Rahila Ali dan pelakon, Puteri Aishah dan Puteri Rayyana Rayqa disahkan positif C0VID-19.
sumber : Bharian
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang
Leave a Reply