“Pelbagai ujlan, cemuh4n, krltikan even dari g0longan ustaz sendiri” – Yana Samsudin

Pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew dinasihat supaya tidak menganggap ujian yang menimpanya ketika ini sebagai faktor untuk tidak lagi meneruskan kerja kebajikan.

Pelakon, Yana Samsudin turut mendoakan untuk Ustaz Ebit Lew supaya dipermudahkan segala urusan kebajikan dan kebaikan.

“Salam Ustaz Ebit Lew saya dan keluarga doakan ustaz dipermudahkan segala urusan kebajikan dan kebaikan insyaAllah..”

“Pelbagai ujian, cemuhan, kritikan dari orang ramai ustaz dah lalui even dari golongan ustaz sendiri, Allahu…”

“Yang terbaru Ustaz dapat Polis report…moga orang yang report tersebut di beri hidayah dan sedar tindakan dia…”

“Kami berdoa ianya tak melemahkan pergerakan ustaz dan team, kami sentiasa sokong dan doa…”

 

Semalam, Ebit Lew melalui hantaran di Facebook membuat keputusan untuk tidak lagi membantu secara langsung golongan yang kurang berkemampuan selepas beliau dipanggil memberi keterangan kepada polis di Bukit Aman, Kuala Lumpur.

Menurutnya, dia dipanggil susulan lap0ran polis yang dibuat beberapa pihak yang meragui bantuan dihulurkan kepada barisan hadapan dan golongan kurang berkemampuan baru-baru ini.

“Setakat ini sahaja saya berkhidmat pada semua secara langsung. Selepas ini saya cuma akan memindahkan wang kepada orang susah dan teruskan dari rumah saja.

“Jangan tag saya lagi (di Facebook) kes orang susah. Nanti habis PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) baru saya cuba bantu,” katanya, hari ini.

Beliau berkata, polis menghubungi semalam untuk hadir memberi keterangan.

“Saya menangis ketika beri keterangan kepada beberapa pegawai mungkin sebab penat. Saya tak salahkan sesiapa.

“Saya bukan ahli politik. Saya bukan sesiapa. Cuma Cina Islam yang sayangkan Islam dan Malaysia,” katanya.

Beliau berkata, dia juga memohon maaf kepada pihak yang berkecil hati dengan niatnya membantu orang yang dalam kesempitan.

“Lebih seratus orang sudah saya bayar penginapan dan tempat tinggal. Cuma beberapa kes tu saya kongsikan dengan kawan di FB.

“Saya tiada niat nak tular perkara ini. Ramai anak-anak susah dan terbiar, pelajar tahfiz saya bayarkan yuran mereka.

“Perniagaan saya sebenarnya sangat baik dan syukur pada Allah,” katanya.

Ebit menghulurkan bantuan sejak negara terkesan dengan jangkitan koronavirus baharu (Covid-19) apabila memberikan pelbagai peralatan dan makanan kepada barisan hadapan selain membantu mereka yang terputus pendapatan sepanjang PKP dilaksanakan.

Sumber : FB Yana Samsudin, Ebit Lew

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DD

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

Be the first to comment

Leave a Reply