“Alhamdulillah..” – Cantik berjubah Nadia Brian Belajar Mengaji Muqaddam Semula

Semalam hangat diperkatakan mengenai pelakon Nadia Brian apabila dia ditawarkan berlakon drama di Hollywood. Namun, tawaran itu ditolak kerana perlu melakonkan babak berbo.gel.

 Terbaru, menerusi satu perkongsian di Insta Story, Nadia ada memuat naik videonya sedang belajar mengaji.

Pelakon Nadia Brian memohon doa para peminat apabila dia kembali mempelajari dan memperbaiki bacaan mengaji bersama seorang ustazah.

Assalamualaikum, ramai DM Nadia cakap, ‘Nadia baru nak belajar muqadam ke, baru nak mengaji ke?’. Sebenarnya, Nadia juga berharap agar semua mendoakan Nadia.

Nadia Brian mengakui terima banyak mesej di Instagram dan rata-rata pengikutnya bertanyakan kepada dirinya yang baru hendak belajar membaca kalimah Jawi. Nadia bagaimanapun, berharap agar pengikut-pengikutnya mendoakan agar dia terus istiqomah.

Dalam pada itu, Nadia mengakui tujuan pembelajaran itu adalah untuk menambah ilmu dan memperbaiki bacaan dengan lebih betul.

“Nak recall balik walaupun kita dah tahu ke, tak tahu ke, its okay untuk belajar balik dengan cara yang betul,” katanya.

Malah Nadia turut merakamkan bacaan huruf-huruf jawi di komputer riba miliknya serta dilihat dia memegang buku Iqro’. Turut kelihatan bersama dalam sesi pembelajaran tersebut adalah neneknya.

Sumber : Gempak

Be the first to comment

Leave a Reply