Tak sampai setahun kahwin, Miera Liyana hamil anak pertama

KUALA LUMPUR: Aktres jelita, Miera Leyana mengesahkan hamil tujuh bulan.

Kata Miera, 28, dia tidak berniat untuk menyembunyikan kehamilannya daripada orang ramai sebaliknya menunggu kandungan betul-betul kuat sebelum mengumumkannya.

Miera atau nama penuh, Miera Leyana Kasmi, 27, bersyukur tidak mengalami alahan sepanjang kehamilan.

“Saya tidak berniat untuk merahsiakan kehamilan pertama ini, namun hanya mengikut nasihat orang tua yang ingin menunggu sehingga kandungan cukup kuat. Tetapi, memandangkan pelbagai dugaan dan cabaran ditempuhi pada tahun lalu, tidak sangka berita gembira ini dikongsikan pada tempoh kehamilan yang memasuki trimester ketiga.

“Apa yang peliknya, alahan datang ketika kandungan semakin sarat. Pada awal kehamilan, tidak pula begini. Sekarang saya cepat penat dan tidur petang untuk mendapatkan tenaga.

“Tidaklah berubah sehingga menjadi orang lain, saya masih lagi Miera Liyana yang sama. Sikap ‘gila-gila’ masih ada, cuma lebih matang berbanding dulu. Tidak lama lagi saya bakal menukar status kepada ibu pula,” kata Miera kepada K! Online.

Mengenai jantina anak, Miera dan suami, Rosland Othman sepakat tidak mendedahkannya sekarang.

“Tunggulah sehingga bayi lahir, baru kami umumkan kepada semua. Kami lebih selesa jantina anak ini menjadi kejutan,” kata pelakon filem Apokalips X dan Lebuhraya Ke Ner4ka ini.

Miera kini tinggal bersama keluarganya bagi membolehkan keadaannya dipantau rapi.

Miera dan suaminya Rosland Othman, 48, disatukan pada 26 Julai tahun lalu di sebuah hotel di ibu negara.

Sumber : kosmo/bh/gempak

Be the first to comment

Leave a Reply