Selepas 11 Tahun Lee Kwang Soo Memutuskan Untuk Tinggalkan Running Man

Running Man salah satu program tv yang amat digil4i ramai yang dan yang juga merupakan rancangan hiburan paling popular di korea selatan.

Salah seorang daripada hos Running Man ialah Lee Kwang Soo.

Lee Kwang Soo yang berumur 36 tahun memutuskan untuk meninggalkan rancangan hiburan ini setelah 11 tahun melibatkan diri oleh kerana dia ingin menumpukan perhatian kepada kesihatannya.

Berdasarkan kenyataan media yang telah dikeluarkan oleh King Kong by Starship, Kwang Soo berkata walaupun berat hatinya untuk meninggalkan rancangan hiburan ini tetapi terpaksa untuk meninggalkan juga demi kesihatannya.

“Kwang Soo tidak akan lagi bersama-sama dengan keluarga SBS Running Man. Program rakaman terakhir melibatkan dirinya akan diadakan pada 24 Mei ini.

Buat pengetahuan semua, Lee Kwang Soo terlibat dalam satu kemalangan jalan raya pada tahun lalu dan sehingga sekarang beliau perlu menjalani rawatan pemulihan dari semasa ke semasa.

“Dia merasakan agak sukar untuknya memberikan sepenuh komitmen lebih-lebih lagi ketika menjalani penggambaran program ini dan dalam masa yang sama masih mendapatkan rawatan rehabilitasi bagi merawat kecederaannya,” kata kenyataan media tersebut.

Akibat daripada kemalangan pada Februari tahun lalu, beliau mengalami kesakitan yang mana menyebabkan keretakan di buku kali kanannya.

Selain daripada Lee Kwang Soo, Yoo Jae-suk, Haha, Jee Seok-jin, Kim Jong-kook, Song Ji-hyo, Jeon So-min dan Yang Se-chan turut serta membintangi rancangan hiburan ini sehingga menjadikan rancangan ini merupakan rancangan hiburan yang paling digemari.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Be the first to comment

Leave a Reply