“Sebenarnya tak ada sesiapa pun tahu,…” – Nana Mahazan kini berhijab

Penampilan Nana Mahazan mengenakan tudung ketika sesi IG Live petang tadi mencuri perhatian warga net.

Nana yang ketika itu sedang mempromosikan produk sambal sardinnya bersama suami Raqeem Brian turut ditanya mengenai imej terbarunya itu.

Menurut Nana dia niat untuk mengenakan hijab sudah lama bermain di fikiran malah pernah membincangkan tentang perkara tersebut bersama beberapa sahabat.

“Saya pernah bercakap tentang ini dengan teman-teman rapat sejak tahun lalu. Tapi bila saya sudah berhijab ni mereka pun tak tahu.

“Sebenarnya tak ada sesiapa pun tahu, termasuklah pihak production sebab saya tak share pun pasal benda ni.

Actually banyak benda nak share tapi saya tak tahu nak cakap macam mana. Kepada yang mendoakan saya, terima kasih banyak-banyak,” katanya sebak.

Dia juga mengaku masih belajar menyesuaikan diri dengan penampilan barunya itu, Nana berkata dia tidak bersedia untuk berkongsi lebih lanjut apabila ditanya oleh netizen mengenai perkara itu.

“Saya tidak kuat untuk bercerita mengenainya (penampilan bertudung). Sebab itu, saya ajak suami, Brian untuk bersama-sama dengan saya dalam video ini. Apapun, terima kasih kerana sudah mendoakan saya.

“Alhamdulillah, doa-doa anda yang baik untuk saya itu sudah dimakbulkan Allah. Saya bersyukur dan sangat berterima kasih di atas doa-doa kalian semua. Apapun, saya masih belajar lagi dan terus doakan yang terbaik ya,” katanya.

Menurut Nana, dia percaya sesuatu perubahan itu tidak akan terjadi sebelum tiba masanya dan meluahkan rasa syukur diberikan hidayah awal.

“Alhamdulillah, saya amat bersyukur kerana hidayah ini sampai awal. Tapi, sejujurnya sebagai manusia biasa ia perlukan masa dan inilah harinya.

“Sekali lagi, saya mohon doakan yang terbaik untuk saya dan terima saya seadanya. Apapun, saya masih Nana yang dulu dan insya-Allah saya akan buat yang lebih baik lagi,” katanya.

Sementara itu, suaminya, Mohammad Raqeem Brian Abdullah berkata dia tidak pernah mendesak isterinya untuk berubah penampilan bertudung dan memberi ruang kepada Nana untuk bersedia.

“Bagi saya, asalkan Nana sendiri dah bersedia nak memakai tudung, saya okay saja untuk terus memberi sokongan. Alhamdulillah, sekarang dia sudah pun memakai tudung dengan rela hati,” katanya.

Semalam,pelakon Izara Aishah, Siti Elizad dan pelawak Vicha Saywho membuat keputusan untuk berhijrah apabila tampil berhijab.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by ᑎᗩᑎᗩ ᗰᗩᕼᗩᘔᗩᑎ®️ (@nanamahazan)

Sumber : Gempak/rotikaya

Be the first to comment

Leave a Reply