Ucapan Hari Lahir Buat Jebat Jayden, Sharnaaz Ahmad Mahu Jadi Terbaik Untuk Anak

Pelakon Sharnaaz Ahmad berharap anak lelaki kesayangannya, Jebat Jayden Ahmad membesar dengan baik.

Walaupun bergelar single father, dia tetap bahagia melayani anaknya, Jebat Jayden dan hubungan dengan bekas isteri juga baik-baik sahaja.

Menerusi hantaran terbaharu di akaun Instagramnya, Sharnaaz membuat coretan menyentuh hati sempena ulang tahun kelahiran Jebat yang ketiga.

Kena sama2 pakai kostum Spiderman

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad ™ (@sharnaazahmad)

“Baba sayang cek, baba akan sentiasa berada di sisi dan di belakang tidak kira betapa susahnya kehidupan.

“Dan baba minta maaf kalau baba tak cukup baik untuk awak. Tetapi baba akan cuba sehabis daya untuk memenuhi impian awak.

“Hari ini boy dah tiga tahun, akan mula membesar dengan pantas dah.

“Baba hanya mahu meletakkan di sini jadi awak akan tahu… Awak akan meningkat usia dan membesar dengan bijak.

“Tetapi awak tetap akan menjadi spiderman kecil baba yang gemarkan ayam bakar, skeleton, spiderman dan perempuan cantik.

“Selamat ulang tahun Jebat Jayden Ahmad Sharnaaz Ahmad. Selamat ulang tahun untuk baba juga.

“Satu-satunya anak saya dan sentiasa menjadi nombor satu. Kepada yang nak apply jadi mak tiri, boleh hantaq resume pada ceo @jebatjayden,” coretnya.

Untuk makluman, Noor Nabila dan Sharnaaz pernah berkahwin pada 2017. Namun pasangan ini telahpun berpisah sekitar tahun lalu dan Noor Nabila sudahpun mendirikan rumah tangga semula dengan Engku Emran.

Sumber : Gempak/omm

Be the first to comment

Leave a Reply