Janna “Gatal” kekal trending… Worldwide!

Nurul Jannah Muner (lahir 1 Jun 1995), dikenali secara profesional sebagai Janna Nick, ialah seorang pelakon, penyanyi, pengacara, pengarah dan penerbit Malaysia. Memulakan kerjayanya dalam bidang hiburan, dia terkenal dengan wataknya dalam filem televisyen seperti Syurga Nur, Kau Aku Kita, Suami Tanpa Cinta dan My Coffee Prince. Dia memulakan debut filem cereka dengan Kimchi Untuk Awak (2017).

Pada 2016, Nick memulakan kerjaya muziknya dengan mengeluarkan single sulungnya, “Mungkin Saja”, diikuti oleh single susulannya, “Akan Bercinta”. Terkini single beliau berjudul “Gatal”. Janna Nick tidak menyangka single baharunya berjudul Gatal tersenarai sebagai Top 10 lagu paling popular dalam aplikasi TikTok Indonesia dengan menduduki tangga keempat keseluruhan aplikasi perkongsian video pendek berkenaan. 

Semasa awal kemunculan lagu Gatal nyanyian Janna Nick, ramai yang pertikaikan lagu ini kerana beranggapan Janna Nick tak sesuai untuk menyanyi. Namun siapa sangka di sebalik kritikan yang diterima pada awal-awal pelancaran itu, lagu Gatal ini kini benar-benar trending worldwide gila-gila. No 1 Local Song dan no 1 Global Song.

 

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Janna Nick (@jannanick)

“Saya tidak sangka lagu Gatal mendapat sambutan baik oleh pendengar di Indonesia terutamanya pengguna TikTok.

“Terima kasih kepada pencipta lagu tersebut iaitu Aepul Roza serta Warner Music untuk lagu yang sangat menarik itu. Terima kasih juga kepada semua pengguna TikTok yang menjadikan lagu Gatal trending,” Janna Nick.

Menariknya, orang putih pun sampai Google lirik Gatal dan miming semula dalam TikTok mereka dan sekurang-kurangnya, bahasa Melayu bolehlah dipopularkan semula.

Sekadar info, lagu Gatal ciptaan sepenuhnya Aepul Roza yang dilancarkan sejak dua minggu lalu telah mendapat lebih 2.7 juta tontonan dalam YouTube.

Sumber : jannanick

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LP

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lepat Pisang

Be the first to comment

Leave a Reply