Zizi Kirana Nervous!

Penyanyi, Zizi Kirana mengakui dirinya berasa berdebar untuk kembali menyanyi selepas tampil berhijab.

Menurut Zizi, dia sebenarnya agak bimbang dengan penerimaan netizen terhadap karya-karyanya selepas ini.

Bagaimanapun, isteri kepada pelakon, Yusuf Bahrin ini tetap menzahirkan rasa syukur kerana dikurniakan insan-insan hebat yang sentiasa mendukung segala keputusannnya.

“Sebenarnya saya akui, memang ada rasa agak gementar apabila pertama kali ingin kembali menyanyi selepas tampil dengan imej berhij4b.

“Saya jadi sangat nervous bila memikirkan mengenai penerimaan orang di luar saya terhadap diri saya. Saya kerap bertanya kepada pengurus dan suami adakah mereka boleh memerima saya? Mereka nak ke dengar lagu saya lagi?

“Perkara ini selalu bermain di dalam kepala saya. Suami dan pengurus pun selalu bagi semangat. Mereka tahu saya mampu jaga batas dengan baik. Saya tetap dengan prinsip lama iaitu ‘langgar je’,” kata Zizi

Penyanyi asal Sabah itu berkata sedemikian ketika ditemui di majlis sidang media lagu terbaru berjudul Pijak yang diadakan secara virtual pada Khamis.

Dalam pada itu, Zizi turut menambah, perasaan untuk menjaga batas di dalam setiap perbuatannya hadir dengan sendirinya lebih-lebih lagi selepas mendirikan rumah tangga.

“Selepas berhijrah ke imej berhij4b dan ditambah pula saya pun dah bergelar isteri orang, soal penjagaan batas ini amat penting. Antaranya saya menghadkan pergerakkan saya dalam muzik video.

“Saya pun dah tak mahu terlalu agresif macam panjat kerusi atau meja. Nak terlampau gembira pun tidak manis. Saya berbincang dengan team untuk fikirkan cara yang terbaik.

“Perasaan itu datang sendiri dalam hati saya. Tak sesuai kalau nak terlalu ‘loud’. Jadi, kami memilih untuk lebih santai. Pergerakan pun minimal. Yang penting penceritaan itu sampai,” kongsinya lagi.

Masih mengekalkan konsep sinikal dan nasihat, Zizi mengakui dirinya berasa amat bersyukur kerana Pijak mendapat reaksi positif daripada masyarakat.

 

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by KIRANA (@zizi_kirana)

“Alhamdulillah, feedback yang saya dapat hampir kesemuanya positif. Admin media sosial saya sampai terkejut sebab tiada satu pun komen-komen mengvtuk. Dia pula rasa boring.

Sekadar info, Zizi Kirana telah selamat mendirikan rumah tangga bersama aktor Yusof Bahrin pada 19 September 2021 di Masjid Usamah bin Zaid.

Sumber : MH

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LP

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lepat Pisang

Be the first to comment

Leave a Reply