Mummy tak boleh tidur malam fikir majlis kahwin…

Alhamdulillah, semoga Allah mempermudahkan semuanya… Mas Idayu bakal melangsungkan pernikahan dengan Penerbit Eksekutif TV3, Muhammad Sufian Che Isa, September ini.

Terdahulu menurut mas, Sufian bersama keluarganya hadir ke rumah keluarga Mas di Kota Tinggi, Johor untuk tujuan itu, kira ikat sebagai tanda. Katanya, mereka juga tidak melangsungkan pertunangan. Hanya sebagai tanda, memandangkan ini kali pertama Sufian datang berjumpa dengan ahli keluarganya

Mas berkata, bapa, bapa saudara dan adik-beradik lelaki memang sukakan Sufian.

“Ketika majlis berlangsung, saya berada dalam bilik dan tak dibenarkan keluar. Saya cuma tengok video yang dirakam oleh adik. Ketika nak pasang ‘tanda’ baru saya keluar.

“Keluarga saya pun tak banyak bertanya pada dia. Sebelum ini mereka tak suka pilihan saya kerana lebih muda daripada saya,” katanya.

Mas atau nama sebenarnya, Mas Idayu Mesnun dan Sufian merancang untuk melangsungkan perkahwinan September depan.

“Mana ada orang dalam masa empat bulan kenal terus ikat. Tak sangka dia nak ikat nak bagi tanda, okeylah.

“Kiranya inilah Syawal paling bermakna untuk saya. Tarikh nikah pun dah ada, cuma kami tunggu masa sesuai untuk kongsikan.

“Perancangannya nikah pada sebelah pagi dan malamnya kami nak bersanding. Saya juga rancang nak khatam al-Quran pada majlis itu,” katanya.

Mengulas mengenai persiapan, Mas berkata, ia sudah mencecah 70 peratus. Mas Idayu gementar dan tak boleh tidur malam menanti hari bahagia, dahulu tak merasa naik pelamin… Akui banyak dugaan selepas ‘diikat’ Sufian.

Rata-rata mendoakan Mummy dan abang Sufian :

  • Congrats Mummy Mas Idayu. Semoga kekal till Jannah & sntiasa dlm keberkatan Ilahi.
  • Tahniah Mas Idayu. Saya doakan semoga Mas Idayu mendapat kebahagiaan yang sejati sebagaimana yang diharapkan. Aamiin.
  • Doa dari saya, semoga Allah permudahkan segala urusan mamy mas idayu, di lancarkan semuanya, semoga bahagia kekal hingga ke Jannah ny Allah,Aamiin… Doa Dari Indonesia.
  • Semoga Mummy Mas Idayu Sabar Apa Juga Dugaan, Dan Semoga Bahagia Hingga Kejannah.

 

Kami di LP mendoakan agar semuanya berjalan lancar dan dipermudahkan Allah. Semoga masjid yang bakal didirikan menjadi keluarga sakinah mawaddah warahmah. Ameen.

Sumber : Mstar

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LP

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lepat Pisang

Be the first to comment

Leave a Reply