Anak hampir dicvlik, Lufya dipvkul : I’m a fighter ~ Lufya

Lufya berdepan situasi cemas sewaktu membawa anaknya bermain di “playground” Kota Damansara.

Menerusi perkongsian di laman instagram Official HLive :

2 hari lepas fya diserang oleh seorang lelaki yang nak cuba menculik anak perempuan saya.
Masa tu kami berada di playground Kota Damansara pada lebih kurang jam 4ptg-5 ptg.
Seorang lelaki Melayu yang bersifat dayus telah memukul fya menggunakan batang kayu ke kepala, badan serta menyebabkan kecerderaan pada wajah dan badan saya.

Alhamdulillah anak selamat dan fya pun selamat. Im a fighter!

Terpanggil nak share sesuatu yang penting untuk kita semua.

Apa yang fya nak sampaikan kat sini demi keselamatan anak serta diri kita sendiri walaupun kita ni wanita yang lemah kita kene ada ilmu mempertahankan diri.

Ikutkan orang yg menyerang tu lelaki yang agak besar dan kuat. Dengan izin Allah juga fya dapat melawan dan menyelamatkan anak fya.

Syukur Alhamdulillah moral of the story is we must always stay alert. Kita tak tahu orang zaman sekarang ni sanggup buat perkara-perkara yang keji. Manusia makin tiada kemanusiaan. Doakan kesembuhan dan keselamatan kami ya.

 

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Official Hlive (@officialhlive)

Berikut antara gambar2 yang dikongsi oleh Lufya akibat serangan tersebut :

 

Dalam perkongsian ini, Lufya juga berpesan agar wanita di luar sana untuk sentiasa lebih berhati-hati  & berjaga- jaga serta perlu ada ilmu mempertahankan diri. Kita tak tahu orang zaman sekarang ni sanggup buat perkara-perkara yang keji. Manusia makin tiada kemanusiaan.

Meninjau diruangkan komen, ramai juga terkejut dengan serangan ni dan mendoakan agar Lufya dan anak cepat sembuh.

 

Kami di LP mendoakan kesihatan Lufya dan Haura dan semoga cepat sembuh. Untuk semua pembaca sentiasa ambil langkah berjaga-jaga. #Takecare

Sumber : Instagram OfficialHLive

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LP

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lepat Pisang

Be the first to comment

Leave a Reply