Odey, ibukan suka warna purple ~ Uwais

SEMUA yang hidup pasti mengalami saat memeritkan apabila berpisah dengan orang yang disayangi. Tidak kira siapa yang meninggalkan siapa, perasaan pilu, sedih, kosong dan perit tetap ada pada kedua-duanya.

9 Ogos adalah tarikh yang tak akan dilupakan oleh penyanyi dan pelawak Shuib sekeluarga kerana isterinya ,penyanyi terkenal Siti Sarah Raissuddin, 36, menghembuskan nafas terakhir pada jam 5.13 pagi di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia setelah bertarung nyawa akibat jangkitan COVID-19.

Shuib dan anak2, kerap menziarahi kubur arwah isterinya dan sering meluahkan perasaannya di situ.

Terbaru, melalui perkongsian Makder (iaitu ibu tiri Sarah)

1 Zulhijjah datang melawat @sitisarahtaissuddin Semoga roh tenang, dilapangkan kubur, & bersama orang-orang yang beriman.
Sabtu dan Ahad ni Uwais ada tournament. Jadi sebelum ke bergerak kitaorg dtg dulu ke pusara ibu dia.Masa sampai tengok pusaranya tumbuh balik pokok bunga yg purple tu. Sampai uwais ckp ibu kan suka warna purple odey 🥹

 

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Makder (@suciuwais)

Betul la apa yang orang kata, rindu pada yang tiada ini ibarat rindu yang tidak berpenghujung. Apa2pun kami di LP mendoakan kejayaan untuk Uwais dan semoga membesar menjadi anak yang soleh, berbakti kepada keluarga dan masyarakat. amin.

Meninjau di ruangan komen, rata2 mendoakan @rw4h dan merinduinya :
 

Sumber : Instagram Suciuwais.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LP

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lepat Pisang

Be the first to comment

Leave a Reply