[VIDEO] Pesanan yang sangat mendalam daripada PU Hariz untuk semua…

Pu Rizz atau nama sebenar beliau ialah Muhammad Haris Mohd Ismail dilahirkan pada 2 Mei 1995.
Merupakan seorang pelakon dan pendakwah bebas Malaysia. Haris merupakan peserta program realiti Pencetus Ummah Musim 4 pada 2016. 

Pada 27 Mac 2021, beliau selamat melangsungkan pernikahan dengan bekas pelakon dan pengacara TV, Neelofa dengan mengadakan sebuah majlis akad nikah yang mempunyai had tetamu.

Kini, dikurniakan seorang anak lelaki, Muhammad Bilal yang dilahirkan pada 29 Januari 2022 dan kini berusia 6 bulan.

Menerusi satu perkongsian video di laman instagramnya, Haris menitipkan pesanan buat semua termasuk dirinya :

“Kalau hari ni ada orang harini ada orang yang cuba memutuskan semangat kita untuk berubah menjadi baik…”

“Letak tepilah orang ni…”

“Tulis macam2 pasal kita.. Cakap macam2 pasal kita…”

“Kita letak tepilah.. xpe.. xpe..”

“Sebab akhir nanti bukan dia yang nk hitung diri kita.. bukan dia..”

“Tetapi Allah SWT yang akan bagikan kebaikan kejayaan dunia akhirat…”

“Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada rupa dan harta kamu tetapi DIA melihat kepada hati dan amalan kamu.

“Buatlah sesuatu kerana Allah. Jangan ambil kira sangat apa yang orang cakap… ~ PU Hariz

 

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by HARIS ISMAIL (@hrisbismail)

 

Betul tu.. Kami di LP pun bersetuju dengan kata2 yang disampaikan.. Biaq pi la apa orang kata, yang penting kita buat baik kerana Allah.
Semoga kita semua terlindung dan terhindar daripada melakukan perkara-perkara mazmumah ni.. Ameen Ya Rabb

Sumber : Instagram hrisbismail

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LP

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lepat Pisang

Be the first to comment

Leave a Reply