Masih Ingat Diddy AF4? Selepas Pulang Ke Malaysia, Pekerjaannya Sekarang Bukan Biasa-biasa

” Saya nangis (menangis) satu malam. Syukur alhamdulillah saya lulus!”

Itu kata penyanyi Diddy Hirdy, 37, selepas melalui proses pembentangan viva bagi pengajian di peringkat Doktor Falsafah (PhD) di University of Liverpool dalam bidang muzik yang dibuat secara dalam talian beberapa hari lalu.

Diddy berkata, hari konvokesyen bakal dijalankan pada Disember ini dan berharap dia dapat menghadirkan diri.

” Bila penilai dari University of Liverpool, England dan Queen Margaret University, Scotland cakap ‘pass’ (lulus) dan ‘minor correction’ (sedikit pembetulan), saya nangis (menangis) satu malam. Syukur alhamdulillah saya lulus.”

” Perjuangan mendapatkan PhD ini bermula sejak 2017. Alhamdulillah, selepas lima tahun saya berjaya selesaikan walaupun pelbagai cabaran ditempuh.

” Sebagai contoh, saya bermula di Glasgow, Scotland, kemudian penyelia saya berpindah ke Finland. Dia ajak ikut sekali, tapi saya tak boleh sebab baru 10 bulan duduk di Glasgow.

” Namun, saya ambil keputusan berpindah ke Liverpool dan teruskan dengan penyelia sewaktu peringkat Ijazah Sarjana.

” Bagi saya, ini cabaran terbesar saya apabila perlu bertukar penyelia dan berpindah. Sedikit sebanyak ia mengganggu. Apabila merantau di negara orang, ia sangat susah.

” Itu belum lagi masalah timbul ketika nak pindahkan barang dari Glasgow ke Liverpool.

” Saya ingat lagi ada seorang profesor cakap, PhD ini rezeki, tak semestinya pelajar pandai akan lulus. Kalau Allah tak izinkan, tak juga.

” Itu yang bila panel penilai cakap ‘pass’ saya macam tak percaya.

” Kemudian proses visa saya sangat singkat iaitu satu jam 30 minit, sedangkan ada orang lebih lama dalam tiga jam, malah ada sebahagian kes sampai sambung esok hari.

” Saya ada berbual dengan kawan-kawan yang PhD, mereka cakap mungkin perjalanan saya berliku, jadi Allah permudahkan,” katanya kepada HarianMetro.

Saya bukan anak orang senang

Menurut Diddy yang kini berkhidmat sebagai pensyarah di Pusat Pengajian Pengurusan Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Universiti Utara Malaysia (UUM) Sintok, Kedah, dia lega dan pengorb4nan dilalui selama ini sudah terbayar.

” Mengenangkan jerit perih dengan membawa dua anak kecil dan merantau di bumi asing, sekarang dah lega. Ibaratnya terbayar segala pengorb4nan.

” Sebelum ini rasa macam ada batu besar yang memberi beban besar di belakang. Nak jumpa orang pun malas. Sekarang ni bangun pagi tak tahu nak buat apa.

” Saya bukan anak orang senang. Saya belajar di luar negara dengan biasiswa dari 2014 hingga 2020.

” Bagi pengajian Ijazah Sarjana biasiswa saya dari Kementerian Pengajian Tinggi (KPM) dan PhD dari UUM.

” Saya kena berkhidmat dengan UUM selepas tamat pengajian dan sekarang memang sudah mengajar di UUM,” katanya.

Dalam masa sama, Diddy berkata, perjalanan dalam bidang pendidikan itu memerlukan dia mengorb4nkan kerjaya seni dibina selepas keluar dari program Akademi Fantasia musim keempat (AF4).

” Sebenarnya, selepas AF 4 dan selepas beberapa tahun aktif menyanyi, saya terus sambung belajar di peringkat Ijazah Sarjana Muda Komunikasi UUM.

” Ketika itu UUM buka peluang kepada anak seni dan ambil peluang itu. Saya dapat keputusan baik dan ditawarkan menjadi tutor di situ.

” Alhamdulillah, seterusnya dapat peluang sambung Ijazah Sarjana dan PhD pula.

” Saya korb4nkan dan lupakan karier nyanyian. Alhamdulillah dah selesai PhD, mungkin boleh ‘refresh’ kerjaya seni,” katanya.

9 fakta menarik tentang Diddy yang ramai tak tahu

1) Pemilik nama sebenar Syamsul Hirdi bin Muhid ini lahir pada 5 Oktober 1985, berasal dari Kuala Lumpur.

2) Beliau lahir dari keluarga berdar4h seni, lulusan diploma pentadbiran perniagaan (tahun 2022 kelulusan PhD) sebelum ini mengimpikan untuk mengecap kejayaan di AF.

3) Penyanyi kegemarannya ialah Anuar Zain, Marc Anthony, dan James Ingram.

4) Pelakon kegemarannya pula ialah Afdlin Shauki, Rosyam Nor, Hans Isaac, AC Mizal, Erra Fazira, Nasha Aziz, Umie Aida dan Erma Fatima.

5) Masa santai dihabiskan dengan sesi karaoke bersama rakan dan keluarganya.

6) Untuk rekod, Diddy salah seorang daripada dua belas calon pelajar yang terpilih diterima masuk dalam Akademi Fantasia musim keempat (AF-4) pada tahun 2006.

7) Diddy telah tersingkir pada Konsert ke-6. Pada edisi tersebut juara menjadi milik Faizal Ramly, naib juara pula dimenangi oleh Lotter dan tempat ketiga milik Nur Farhan binti Azizan.

8) Seterusnya, Diddy dibawa masuk bersama tujuh peserta bekas pelajar yang lain untuk bersaing dalam konsert penyerapan masuk untuk ke peringkat akhir iaitu konsert AFMASUK pada minggu kesembilan tetapi beliau tidak berjaya dengan hanya menduduki tempat keempat bagi undian AFMASUK.

9) Diddy berkahwin dengan Allen Nor Azah Musa pada 7 Februari 2010, mereka bercinta sejak zaman sekolah lagi. Diddy kini bergelar bapa kepada 2 orang cahaya mata.

 

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LP

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lepat Pisang

Sumber: https://thebolalive.com

Be the first to comment

Leave a Reply