Paru-Paru Belum Cukup Kuat, Ungku Ismail Maklum Nad Zainal Ditidvrkan Semula

Beberapa jam lepas, pelakon Ungku Ismail memaklumkan mengenai keadaan terkini Nad Zainal di Instagram Storiesnya (IGS).

Menerusi hantaran tersebut, Ungku Ismail pada awalnya memohon maaf kerana tidak berkongsi keadaan Nad semalam.

Namun begitu, Ungku memaklumkan bahawa Nad ditidurkan semula kerana paru-parunya masih belum cukup kuat untuk bernafas sendiri.

“Laporan untuk semalam ialah Nad Zainal kena intubate (ditidurkan) semula.

“Ini adalah kerana paru-parunya masih belum cukup kuat untuk dia bernafas sendiri, walaupun dengan penggunaan high flow oxygen mask di ICU,” kongsinya.

Jelasnya, Nad sudah sedarkan diri namun paras oksigennya merosot selepas pihak hospital menanggalkan mesin pernafasan.

“Semalam pukul 3 petang, saya ziarah dia sudah sedar dari sedation, dia angguk lebih lega dengan intubation as oxygen dia merosot menjelang malam extubate itu,” katanya lagi.

Sehubungan itu, Ungku Ismail memohon orang ramai untuk terus mendoakan kesembuhan Nad Zainal agar paru-parunya sihat seperti sedia kala.

 

 

 

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LP

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lepat Pisang

SUMBER:xtra

Be the first to comment

Leave a Reply