Dedikasi Ucapan Hari Lahir Buat Isteri, Warganet Akui Anwar Ibrahim Lelaki Sejati Buat Azizah

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim sering menjadi bualan netizen kebelakangan ini.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Anwar Ibrahim (@anwaribrahim_my)

Menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram, Anwar mengucapkan selamat ulang tahun kelahiran yang ke-70 tahun buat isteri tercintanya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

“Seorang insan, wanita, isteri yang tabah, penyayang dan berbakti. Seorang ibu yang tak pernah jemu mencurahkan kasih sayang.

“Saya sentiasa bersyukur. Tanpa Azizah di sisi, tidak mungkin saya mampu menggalas amanah yang cukup berat saat ini. Saya berdoa agar Azizah sentiasa di bawah lindungan-Nya. Happy birthday!” tulis Anwar

Tinjauan di ruangan komen, warganet terharu melihat hubungan Azizah bersama Anwar dan mendoakan agar mereka berdua berbahagia hingga ke jannah.

Bukan itu sahaja, ada juga segelintir wargamaya memuji kredibiliti Azizah sebagai seorang pemimpin yang kuat dan tabah dalam menempuh segala dugaan hidup.

Info tambahan, Azizah berkahwin bersama suaminya ketika berusia 23 tahun manakala Anwar pada waktu itu sudah berusia 28 tahun. Mereka disatukan sebagai pasangan suami isteri pada 26 Februari 1980.

 

 

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LP

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lepat Pisang

SUMBER:xtra

Be the first to comment

Leave a Reply