Gelagat comel Mira Filzah bikin peminat stress, “Apa Jisoo buat dekat situ”

Pelakon popular, Mira Filzah merupakan seorang selebriti wanita yang tidak hanya membuatkan ramai meminatinya disebabkan paras rupa jelitanya malah bakat dia dalam dunia lakonan tidak dinafikan antara yang disukai ramai penonton. Sehingga dia berjaya mendapat tempat di hati peminat drama tempatan apabila setiap watak yang pernah dibintangi dalam beberapa drama berhasil memukau peminat.

Walau bagaimanapun, seperti yang sedia maklum Mira Filzah pada tahun ini kurang aktif dalam dunia lakonan yang mana dia kini semakin bahagia dengan kehadiran cahaya matanya, Wan Khair Amir yang dilahirkan pada Mei lalu.

Mira Filzah jadi tumpuan ramai

Meskipun begitu, satu muat naik yang dikongsikan oleh seorang individu ini pula membuatkan ramai dapat melihat Mira Filzah yang difahamkan hadir dalam satu majlis. Seperti biasa, Mira Filzah memang terkenal dengan penampilan bergayanya dan dalam rakaman yang telah ditonton lebih 660,000 kali ini membuatkan penampilannya menjadi tumpuan lagi.

Tetapi bukan itu sahaja yang menarik peminat Mira Filzah tak keruan melihatnya apabila pelakon berusia 29 tahun ini membuatkan ramai tertumpu kepada gelagat comelnya disaat berdiri dalam majlis tersebut.

@kakaidaaaaa

Membalas kepada @junaidahM tengok live kecik molek je orang dia. Comelnyaaaaaa 😍

♬ Tiba-Tiba Speed Up – liriklaguツ

Ramai sangka Jisoo kumpulan Blackpink

Kecantikan Mira Filzah tentu sahaja mendapat pujian ramai namun kebanyakan yang menonton juga seperti melihat penyanyi Korea popular, Jisoo Blackpink. Mira Filzah dan Jisoo sememangnya sebelum ini pernah tular apabila ada yang melihat mereka mempunyai iras.

‘Apa Jisoo buat dekat situ??’

Mira Filzah

‘Mira Filzah, apa masalah dia. Nampak cute sangat, aku stress….’

‘Jisoo Malaysia’

 

 

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LP

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lepat Pisang

Sumber: https://syor.com/

Be the first to comment

Leave a Reply