Did4kwa Tiada ‘Job’ Gara-Gara Kurang Muncul Di Kaca TV, Neelofa Tampil Beri Respons Padu – “Saya Happy Macam Ni”

Usahawan dan selebriti terkenal Neelofa tampil memberi respons mengenai kerjaya terkininya selepas dikatakan tiada ‘job’ kerana sering membuat Live di TikTok, baru-baru ini.

Menerusi sebuah video yang tular di TikTok, Neelofa kelihatan begitu tenang untuk membalas komen dari salah seorang peminatnya yang rindu melihat kemunculannya menerusi kaca televisyen.

“Lofa takda job ke asyik buat live je sekarang? jarang masuk TV,” komen peminatnya.

Menurut Neelofa, dia memilih untuk tidak membuat banyak pekerjaan buat masa kini kerana ingin menumpukan komitmennya sebagai seorang isteri dan ibu.

“Saya pilih untuk tidak membuat banyak kerja kerana itu adalah pilihan saya. Saya pun cakap, sekali setahun pun cukup lah saya buat Next To Neelofa.

“Kalau tiap-tiap minggu saya keluar TV, tak terbuatlah saya punya kerja sebagai seorang ibu dan seorang isteri. Jadi, saya ada banyak kerja yang saya kena uruskan dan saya happy macam ni. Doakan saya ya,” katanya.

@lofa.world

paham sisturrr? 😂 #Neelofa #fypシ #FYP #InnaiNunha

♬ original sound – lofa.world – lofa.world

Menjengah ke ruangan komen, perkongsian tersebut telah meraih pelbagai respons yang rata-ratanya kagum dengan prinsip selebriti itu.

 

 

 

 

 

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LP

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lepat Pisang

SUMBER:xtra

Be the first to comment

Leave a Reply