“Ya, Saya Dah Berkahwin” – Fyna Jebat Mengaku Bernikah Dengan Zainal Abidin Hassan

Meleraikan spekulasi yang bertebaran, penyanyi Fyna Jebat, 26, akhirnya mengaku sudah bernikah dengan jurulatih bola sepak popular, Datuk Zainal Abidin Hassan.

Tidak mendedahkan butiran spesifik mengenai perkahwinan dengan bekas pengendali Penang FC dan Melaka United itu, pemilik nama Nur Shafina Jebat memohon doa yang baik-baik.

“Ya. Saya dah berkahwin. Alhamdulillah. Saya telah pun bernikah. Terima kasih banyak-banyak kepada semua yang telah memberi komen yang bagus.

“Saya mengharapkan anda semua mendoakan saya, famili dan perjalanan saya dalam Famili Duo

“Maaf, saya tak boleh cerita banyak sangat. Itu sahaja yang boleh saya kongsi. Saya mohon maaf,” kata Fina.

Fyna ditemui bersama Ayda usai minggu ketiga Famili Duo di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam sebentar tadi.

Sementara itu, Ayda selaku kakak Fyna berterima kasih atas semua doa untuk perkahwinan adiknya.

“Rasanya tak ada apa yang perlu diceritakan lagi. Saya berbangga apabila adik saya dapat mendedahkan perkara ini kepada semua orang.

“Terima kasih atas semua doa. Fokus kami sekarang adalah Famili Duo,” kata Ayda pula.

Kiosked

Terdahulu, media melaporkan seorang bekas jurulatih Liga Super berusia lingkungan 60-an berkahwin kali kedua dengan wanita yang berusia 29 tahun.

Wanita dikahwini itu bukanlah calang-calang kerana dikhabarkan seorang artis yang juga adik kepada pelakon dan penyanyi terkenal tanah air.

Menurut sumber, pasangan terbabit berkahwin, baru-baru ini, namun hanya diketahui individu dan ahli keluarga terdekat saja.

Terdahulu, Fyna dan Ayda berjaya merangkul gelaran Duo of The Week untuk minggu keempat Famili Duo.

Membawakan lagi Bertakhta Di Hati nyanyian asal Farahdhiya, Fyna dan Ayda berjaya membawa pulang RM10,000.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by XTRA (@xtra_my)

Tujuh pasangan selebriti popular yang mempunyai hubungan kekeluargaan merebut hadiah bernilai RM 10,000 setiap minggu dan hadiah utama bernilai RM100,000 di pusingan akhir dalam Famili Duo.

Bersiaran secara langsung dari Studio Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam, jangan lupa saksikan Famili Duo setiap Ahad, pukul 9.00 malam hingga 11.00 malam di TV3.

 

 

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LP

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lepat Pisang

Sumber: http://www.klmenjeritvideo.dnq.news/

Be the first to comment

Leave a Reply