“Kalau betul sayang pasti tiada yang ke dua” Status Terbaru Eyra Hazali Jadi Bualan Netizen

Tidak dapat dinafikan, sejak kebelakangan ini ramai wanita yang terkesan dari segi em0si apabila mendapat tahu pengarah sensasi, Syamsul Yusof telah selamat bernikah dengan seorang wanita yang dikenali sebagai Ira Kazar, baru-baru ini.

Bukan itu sahaja, kebanyakkan rakan artis pelakon Puteri Sarah banyak memberikan kara-kata semangat buat wanita itu untuk terus tabah dalam menghadapi kemelut rumah tangga yang dialaminya pada ketika ini.

Pun begitu, baru-baru ini, menerusi ciapan yang diamuat naik oleh pelakon Eyra Hazali di laman Twitternya telah berjaya menarik perhatian ramai.

Dalam ciapan terbabit, pelakon yang berusia 23 tahun itu seakan meluahkan rasa kecewanya dengan memaklumkan tiada istilah orang kedua dalam sesuatu hubungan jika seseorang benar-benar menyayangi insan yang dicintainya.

“Kalau betul sayang, pasti tiada yang kedua,” ujarnya ringkas. Setuju dengan Eyra. Susulan itu, menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dengan pendapat yang diberikan oleh Eyra dan tidak perlu membuka ruang dan pintu kepada orang lain.

Sekadar info, Eyra Hazali selamat mendirikan rumah tangga bersama Haziq pada 1 November 2019 dan hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Hayder Qhalish dan Endra Haqimie.

 

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LP

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lepat Pisang

Sumber: https://bartasangbad.site/

Be the first to comment

Leave a Reply