“Tiket Ke Jepun Kami Beli Tahun Lalu, Bukan Tidak Ada Kesedaran Sewaktu Covld-19 Tengah Mereb4k” – Shera Aiyob

 

Pelakon Shera Aiyob menyatakan dia sudah kembali ke Kuala Lumpur daripada bercuti di Jepun hampir seminggu yang lalu sebelum jumlah kes wabak koronavirus (Covid-19) meningkat.

Kata Shera, dia tidak mengemas kini setiap masa aktiviti mereka sekeluarga di Instagram (IG)nya namun telah kuarantln sendiri di rumah serta mengikut langkah-langkah yang sepatutnya.

“Sebenarnya dah hampir seminggu pulang ke Malaysia cuma tidaklah setiap benda kami nak update di laman sosial. Ya, selepas pulang hari itu, kami kuarantln sendiri. 

“Sekiranya terpaksa kami akan menggunakan topeng muka dan juga sanitizer seperti yang disarankan. Sekiranya ada dem4m, batuk atau selsema kami akan terus ke hospital atau mungkin kami akan terus buat ujian Covid-19,” tulisnya di Instagram (IG).

Isteri kepada aktor Zahiril Adzim menidakkan dakwaan yang kononnya mereka sekeluarga tidak prihatin dengan wab4k yang kian burvk keadaannya.

“Tiket ke Jepun itu kami beli bulan Ogos tahun lalu untuk melawat keluarga kami di sana, bukan tidak ada kesedaran beli sewaktu Covid-19 tengah merebak.

 

“Sewaktu kami ke sana keadaan masih terkawal cuma 2 3 hari sebelum kami pulang sahaja kes semakin meningkat. 

“Kami tak tinggal di hotel kerana kami ada keluarga di sana. Dan banyak plan yang kami cancel untuk mengelakkan ke tempat yang terlalu ramai orang,” kongsi Shera.

 

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

050320 . Kepada netizens yang prihatin, tolong doakan yang baik-baik untuk kami sekeluarga ya ❤️

A post shared by Shera Aiyob (@sheraaiyob) on

Dalam pada itu, pemilik nama Nur Syahirah Aiyob, 34, berkata sebelum pergi melancong mereka sudah mendapatkan suntlkan di hospital selain mengambil vitamin C setiap hari.

“Sebelum melancong kami ambil suntlkan di hospital dan makan vitamin C setiap hari. Sepanjang di lapangan terbang dan juga dalam kapal terbang kami pakai topeng muka, sanitizer dan spray trolley, seats.

“Selebihnya kami hanya mampu berdoa supaya kami sekeluarga dilindungi Allah. Terima kasih kepada yang memberi peringatan, yang menasihati dan menyayangi kami.

“Kepada netizen yang prihatin tolong doakan yang baik-baik untuk kami sekeluarga,” tulisnya lagi.

Terdahulu, Shera berkongsi m0men kenangan ketika berada di Tokyo, Jepun bersama Zahiril dan anak mereka, Nadi Anaqi.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DD

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

Sumber: Gempak

Be the first to comment

Leave a Reply