Ayu Ting Ting meng4ku tak mahu berclnta seperti orang muda, cari bapa untuk anaknya

PENYANYI dangdut Indonesia, Ayu Ting Ting, kini sedang berkawan rapat dengan salah seorang pelakon dan ahli kumpulan Element iaitu Didi Riyadi.

Seperti dilaporkan tribunnewa, Ayu memberitahu bahawa Didi merupakan seorang yang baik dan kelakar.

“Ya, sangat baik dan kelakar.

“Saya selesa berkawan dengan siapa saja, kalau j0doh dan sudah waktunya mesti nanti akan nampak,” katanya.

Dalam pada itu, Ayu berkata, bahawa sekarang bukan masa untuk bercinta seperti orang muda melainkan mencari pasangan hidup yang boleh dijadikan bapa untuk anaknya. 

“Saya tidak boleh kalau hanya sekadar berclnta, sudah bukan masanya untuk itu kerana Bilqis perlukan seorang bapa.

“Saya akan cari yang betul-betul boleh sayang saya dan Bilqis, kalau hanya saya yang bahagia, untuk apa?” ujarnya.

Ayu pernah berk4hwin dengan Henry Baskoro Hendarso pada 4 Julai 2013, namun berc3rai kira-kira setahun kemudian.

Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang cahaya mata Bilqis Khumairah.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DD

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

Sumber: mstar

Be the first to comment

Leave a Reply