‘Hampa Gunting La Rambut Sendiri’ – Sharnaaz Ahmad

Pelakon Sharnaaz Ahmad menerusi laman Instagram miliknya turut memberi pandangan peribadi terhadap sektor tambahan yang dibenarkan beroperasi sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Antara sektor tambahan yang menarik perhatian ramai adalah perkhidmatan kedai gunting rambut.

Pelakon lelaki itu juga menasihati pengikutnya agar tidak berpusu ke kedai gunting rambut semata-mata untuk memotong rambut mereka. Sebaliknya, mereka perlu menitikberatkan soal k3sihatan terlebih dahulu.

‘Biaq la rambut panjang pun tak pa aih..’

 

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Bulu ketiak panjang boleh, rambut panjang bising..

A post shared by Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad ™ (@sharnaazahmad) on

Sharnaaz berpesan kepada umum untuk tidak tergesa ke kedai gunting rambut kerana bimbang risiko penularan wab4k. Lain pula dengan kedai hardware yang dibenarkan beroperasi kerana melihat akan kepentingan perkhidmatan itu.

Aku nak pesan, aku tau kerajaan bagi pi kedai gunting rambut. Hampa bawa sabar sat. Gunting rambut ni benda paling last pun tak apa. Bukannya nak pergi show ke… Hampa gunting la rambut sendiri, kalau tak mau pun tak apa. Tak rosak apa pun. Kedai hardware tu tak apa la juga penting. Gunting rambut ni hampa dekat dengan dia. Dia pun dekat dengan hampa.

Tak sah gatallah gunting rambut

Pesanan yang disampaikan pelakon lelaki ini demi kebaikan bersama bagi menghentikan rangkaian penularan wab4k berj4ngkit itu. Risik0 untuk menular peny4kit itu dalam keluarga anda juga tinggi gara-gara sosial di premis gunting rambut.

Sekarang puasa pun kena puasa dalam kuar4ntin. Takkan raya nak dalam kuarantin juga kut. Jadi apa aku nak cakap kat hampa ni, untuk kebaikan bersama. Tak sah gatallah gunting rambut. Anak bini kat rumah dok kena. Cuba fikir. Duduk rumah diam-diamlah. Biar pi la rambut, bulu ketiak panjang boleh, takkan rambut tak boleh boskurr.

Sumber: Sharnaaz Ahmad via OHbulan

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

 

Be the first to comment

Leave a Reply