Guna Lambang Peribadi Sultan Johor, Wak Doyok Bersuara

PERSONALITI fesyen dan pelakon, Wak Doyok membuat permohonan maaf kepada kerabat Diraja Johor atas kecuaian dan k3silapannya menyalahgunakan lambang peribadi institusi diraja berkenaan.

Menurut Wak atau nama sebenar Mohd Azwan Md Nor, 41, dia tidak mengetahui mengenai batas protokol istana dan menyesali k3silapan yang dilakukan itu.

“Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Saya dengan rendah diri merafak sembah takzim dan mohon ampun kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor, Duli Yang Maha Mulia Permaisuri Johor dan Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Johor serta Yang Amat Mulia Yang Amat Mulia Kerabat Diraja Johor di atas kecuaian dan kelalaian saya.

“Salam kemaafan saya panjatkan juga kepada bangsa Johor yang saya muliakan. Sesungguhnya saya sedar k3silapan saya berpunca kerana tidak arif dalam mengenali batas protokol diraja.

Wak muat naik permohonan maaf di Instagram.

“Saya amat menyesali keterlanjuran yang tidak disengajakan ini dan berjanji tidak akan mengulanginya lagi. Saya memohon doa kehadrat Allah SWT agar dilanjutkan usia Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor serta usrah diraja,” tulisya di Instagram bersama gambar kosong berwarna putih pada malam Selasa.

Sebelum ini, Tunku Temenggong Johor Tunku Idris Sultan Ibrahim memuat naik satu paparan skrin daripada posting Instagram yang memaparkan sebentuk cincin dengan ukiran lambang peribadi Sultan Johor.

Sehubungan itu Tunku Idris menuntut Wak Doyok memberikan penjelasan mengenai perkara tersebut.

Cincin berkenaan dipercayai ditempa khas untuk Wak Doyok berdasarkan kapsyen pada gambar tersebut.

“Sedia untuk dihantar kepada Wak Doyok,” tulis pengendali Instagram Caroz Wooden iaitu sebuah syarikat pengeluar barang perhiasan.

Paparan skrin daripada Instagram Tunku Idris.

Wak Doyok juga dilihat membuat komen balas dengan emoji terima kasih pada posting berkenaan.

Johor mula menguatkuasakan und4ng-und4ng terhadap Enakmen Lambang, Gelaran dan Anugerah (Mencegah Penggunaan Tidak Wajar) Johor 2017 sejak Julai tahun yang sama.

Enakmen itu memperuntukkan und4ng-und4ng ketat terhadap individu yang menyalahgunakan lambang, gelaran dan anugerah atau replika untuk tujuan perdagangan, pekerjaan atau persendirian.

Jika sabit k3salahan boleh did3enda tidak kurang RM250,000 dan tidak melebihi RM500,000 atau pe3njara tidak kurang setahun dan tidak melebihi lima tahun. – Mstar

Terdahulu..

SEJAK awal pagi Selasa netizen mula menghujani ruangkan komen di Instagram personaliti fesyen dan pelakon, Wak Doyok gara-gara sebentuk cincin.

Semuanya bermula selepas Tunku Temenggong Johor Tunku Idris Sultan Ibrahim memuat naik satu paparan skrin daripada posting Instagram yang memaparkan sebentuk cincin dengan ukiran lambang peribadi Sultan Johor.

Sehubungan itu Tunku Idris menuntut Wak Doyok memberikan penjelasan mengenai perkara tersebut.

“@wakdoyok care to explain? This is ag4inst the l4w,” tulis Tunku Idris di Instagram.

Cincin berkenaan dipercayai ditempa khas untuk Wak Doyok atau nama sebenarnya Mohd Azwan Md Nor, 41, berdasarkan kapsyen pada gambar tersebut.

“Sedia untuk dihantar kepada Wak Doyok,” tulis pengendali Instagram Caroz Wooden iaitu sebuah syarikat pengeluar barang perhiasan.

Wak Doyok juga dilihat membuat komen balas dengan emoji terima kasih pada posting berkenaan.

Johor mula menguatkuasakan und4ng-und4ng terhadap Enakmen Lambang, Gelaran dan Anugerah (Mencegah Penggunaan Tidak Wajar) Johor 2017 sejak Julai tahun yang sama.

Enakmen itu memperuntukkan und4ng-und4ng ketat terhadap individu yang menyalahgunakan lambang, gelaran dan anugerah atau replika untuk tujuan perdagangan, pekerjaan atau persendirian.

Jika sabit k3salahan boleh did3enda tidak kurang RM250,000 dan tidak melebihi RM500,000 atau penj4ra tidak kurang setahun dan tidak melebihi lima tahun.

Bagaimanapun usaha mStar untuk mendapatkan penjelasan Wak Doyok tidak berhasil apabila panggilan telefon dan mesej tidak dijawab.

Sumber : MSTAR ONLINE

Sumber : http://transformasi.pw/

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

 

Be the first to comment

Leave a Reply