“Memang best pakai jerawat takde..” – Tul4r Foto Dhabitah Sabri Pegang Pencuci Muka Lelaki Buat Ramai Buka Mulut

Nampaknya, nama atlet penerjun negara kita Nur Dhabitah Sabri masih menjadi sebutan ramai netizen di media sosial. Jika sebelum ini, pencapaian, gelagat dan wajah tak lekang senyuman itu menjadi bualan tapi kali ini berbeza sedikit daripada itu.

Semalam tular dua keping foto Dhabitah memegang pembersih muka Garnier Men, sebotol air minuman sukan Gatorade yang dikongsi oleh seorang pengguna.

Meninjau ke ruangan komen, ramai wargamaya berpendapat pembersih muka tersebut digunakan untuk membilas wajah sebaik sahaja terjunan dilakukan.

Rupanya ramai wanita lain pakai juga?

Selain ada netizen yang terkejut dan ada juga yang percaya Dhabitah guna pencuci muka lelaki atas tujuan tertentu, ternyata ramai juga wanita lain turut menggunakan produk yang sama. Melalui thread di Twitter itu, beberapa wanita sempat berkongsi pengalaman masing-masing menggunakan produk yang sama seperti Dhabitah.

Sehingga kini, perkongsian pengguna tersebut telah menerima hampir 2,000 tanda suka daripada warga Twitter.

Pada acara akhir tiga meter papan anjal individu Sukan Olimpik Tokyo 2020 di Pusat Akuatik Tokyo semalam, Dhabitah mempamerkan a.ksi membanggakan dengan mengutip 326.15 mata untuk memberi tentangan sengit sepanjang lima pusingan.

Sumber : Gempak/lm

Be the first to comment

Leave a Reply