“Maka C3lakalah Orang Yang Solat” – fahami dan dalami maksud sebenarnya…

Apa itu Solat?

Solat (bahasa Arab: صلاة‎; pl. ṣalāt) merujuk kepada sembahyang dalam agama Islam. Solat terbahagi kepada solat fardu dan solat sunat. Solat fardu diwajibkan ke atas orang Islam yang baligh dan berakal sebanyak 5 kali sehari pada waktu-waktu tertentu. Solat fardhu merupakan Rukun Islam yang ke-2 dari lima Rukun Islam.

Solat fardhu yang wajib didirikan ialah solat lima waktu sehari semalam, iaitu subuh, zohor, asar, maghrib dan isyak.

Sekiranya seseorang tertinggal solat fardhu, wajib baginya untuk mengulangkannya dengan niat qada.

Bagi mereka yang musafir, ia merupakan rukhsah (keringanan) yang diberikan, dan harus bagi solat dengan menqasar dan menjamakkannya. Ini berdasarkan hadis:-

“Sesungguhnya Allah suka dilaksanakan rukhsah (keringanan) yang diberikan olehNya seperti Allah membenci dilakukan maksiat kepadaNya”. Hadis riwayat Ahmad.

Solat itu ada ibadah yang paling dituntut di dalam agama. Ia adalah tiang agama dan wajib dilakukan asalkan tidak gila.

Dalam Surah Al’Maun iaitu surah ke 107 dalam al-quran yang terdiri dari tujuh ayat,

 

Bismillah

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

A001

Tahukah engkau akan orang yang mendustakan agama (meliputi hari pembalasan)?

A002

Orang itu ialah yang menindas serta berlaku zalim kepada anak yatim,

A003

Dan ia tidak menggalakkan untuk memberi makanan yang berhak diterima oleh orang miskin.

A004

(Kalau orang yang demikian dikira dari bilangan orang-orang yang mendustakan agama), maka kecelakaan besar bagi orang-orang Ahli Sembahyang –

A005

(laitu) mereka yang berkeadaan lalai daripada menyempurnakan sembahyangnya;

A006

(Juga bagi) orang-orang yang berkeadaan riak (bangga diri dalam ibadat dan bawaannya),

A007

Dan orang-orang yang tidak memberi sedikit pertolongan (kepada orang yang berhak mendapatnya).

 

Dalam surah ini jelas dikatakan “kecelakaan besar bagi orang yang bersolat”. Perkataan c3laka jika diukur, ianya sangat teruk. Tapi lalai dalam solat hingga menjerumus kepada keadaan c3laka harus difahami oleh kita semua.

Bagaimana lalai dalam solat itu boleh menc3lakakan kita?

Pertama, solat itu dinilai dari beberapa aspek :

  1. Saat berwudhu – ada yang wudhunya tidak sempurna atau tepat iaitu membasuh anggota wudhu diwajibkan.
  2. Lalai pada soal pakaian saat menghadap Allah. Kata orang main sarung je sedangkan bila mahu keluar, kita memilih yang terbaik. Pakaian solat harus bersih dan tidak terkena najis sama sekali.
  3. Melengah-lengahkan waktu solat. Kita solat namun dihujung waktu kerana mahu gabungkan 2 waktu. contohnya Zuhur ke Asar atau Asar ke Maghrib tanpa mahu mengejar solat di awal waktu yang pahalanya sangat banyak.

Keduanya dalam perlaksanaan solat Ada yng mempermudahkan solat sewaktu melakukan solat. Misalnya :

  1. Mengabaikan “tamakninah” iaitu berhenti seketika sebelum menyempurnakan bacaan. Tamakninah wajib dilakukan ketika rukuk, iktidal, sujud dan duduk antara 2 sujud. Sekiranya kita meninggalkan “tamakninah” dalam solat, makanya solat kita tidak sah mengikut pandangan mazhab Syafi’e, Maliki dan Hambali.
  2. Mendirikan solat seadanya.. Tidak berusaha memperbaiki tatacara solat dari segi rukun mahupun sunnahnya.
  3. Lupa bahawa dengan solat itu, seorang muslin sedang “berbicara” di hadapan Allah Taala dan memohon agar diperkenankan segala apa yang kita minta.

Ada pun yang dimaksudkan dengan lalai dari solat itu dapat dikategoroikan kepada 3 iaitu lalai pada waktu solat iaitu solat tapi fikiran di tempat lain, erti kata mudah solatnya tidak khusyuk. Padahal Allah telah berfirman dalam Surah Thaha ayat 14 yang bermaksud :

 ” Dirikanlah solat untuk mengingat Aku” (Q.S. Thaha :14)

Seterusnya, lalai sesudah mengejarkan solat. Dalam erti kata lain, tujuan solat untuk mencegah perbuatan keji dan mungkar sebagai mana dinyatakan dalam surah Al- Ankabut ayat 45, yang bermaksud :

” Sesungguhnya Solat titu mencegah dari (perbuatan-perbuatan” keji dan mungkar”. (Q.S. Al-Ankabut:45)

Oleh kerana itu dalam mendirikan solat, kita sebagai muslim seharusnya :

  1. Menyempurnakan syarat
  2. Menyempurnakan rukun
  3. Menyempurnakan sunnah
  4. Tepat waktu
  5. Memberi kesan yang baik kepada keperibadian mukmin dari segi hubungan vertikal mahupun horizontal.

Seperti dari firman Allah surah Al-Mukminun ayat 1-2 yang bermaksud :
” Sesungguhnya beruntunglah orang-orang yang beriman, iaitu orang-orang yang khusyuk dalam sembahyangnya”. (Q.S Al-Mukminun: 1-2)

Ketiga, termasuk kategori lalai dari solat ialah mengetahui kewajipan solat tepati tidak mahu melaksanakannya.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LP

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lepat Pisang

Sumber : Muhammadiyah, Kashoorga

Be the first to comment

Leave a Reply