Suami tinggal komen ‘bersemut’, foto Sweet Qismina dibualkan ramai

Pasangan sama cantik, sama padan yang dikenali sebagai Adam Lee dan Sweet Qismina tentu sahaja antara pelakon yang begitu disukai peminat. Selepas disatukan sebagai suami isteri baru-baru ini, pasangan selebriti berkenaan nampaknya semakin mencuri tumpuan peminat dan warganet di media sosial.

Apatah lagi, kedua-dua pelakon tersebut juga sangat aktif berkongsikan perkembangan kerjaya mereka kepada peminat dan pengikut terutama di laman Instagram apabila Adam Lee mahupun Sweet Qismina diikuti jutaan pengikut.

Adam Lee mahupun Sweet Qismina sememangnya antara pasangan selebriti yang cukup disukai ramai selepas bergandingan bersama dalam drama namun ternyata keserasian mereka membuatkan mereka menjalin hubungan cinta selama tiga tahun dan selepas itu, bertunang dan pada 24 Oktober lalu mereka sah bergelar suami dan isteri.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by 🤍 فرحانة قيسمينا سوڤندي 🤍 (@sweetqismina)

Sweet Qismina atau nama sebenarnya Farhanna Qismina Supandi bagaimana diruangan Instagram (IG) peribadi nampaknya berkongsikan sekeping foto baharu yang difahamkan pelakon jelita ini sudah mula membintangi drama baru apabila dia menulis kaspyen, “Meet Kasyaf Elena. Pernah tak you gus accident, tiba-tiba hijab mata terbuka.”

Pernah, pastu nampak isteri depan mata

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by 🤍 فرحانة قيسمينا سوڤندي 🤍 (@sweetqismina)

Hantaran foto oleh Sweet Qismina itu nampaknya menarik tumpuan suaminya, Adam Lee lalu meninggalkan komen bersemut yang membuatkan juga peminat sempat mengusik mereka pula.

Sweet

IMG_20221110_211532

IMG_20221110_211555

Sweet

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LP

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lepat Pisang

Sumber:HCL