“I Miss You…”-Rindu Tak Bertepi Salamiah Hassan

‘I miss u’.

Itu tulis penyanyi, Salamiah Hassan, 71, di Instagram Story semalam yang amat merindui suaminya, Allahyarham Gerry Hughes yang menin ggal dunia di Tasmania, Australia pada 4 November lalu.

Baru dua bulan mereka bergelar suami isteri sejak 1 September lalu selepas 15 tahun saling mengenali, Gerry pergi menghadap Ilahi akibat kan ser kolon.

Semalam, Salamiah memuat naik dua gambar kubur suaminya termasuk gambar dia di sisi kubur itu.

Keterangan gambar ringkas, ‘i miss u’ sudah cukup menggambarkan kerinduan tak bertepi yang ditanggung Salamiah.

Selain itu, Salamiah turut memuat naik gambar dia bersama anaknya yang juga penyanyi, Atilia Haron berserta keterangan gambar ditulis Atilia, ‘i am with my heaven @Salamiah Hassan’ yang juga menjadi kekuatan semangat buat penyanyi legenda itu.

Difahamkan, Atilia tiba di Burnie, Tasmania untuk menemani ibunya sejak dua hari lalu.

Terdahulu, berita kematian Gerry disahkan Atilia, baru-baru ini.

Salamiah yang bergelar penyanyi sejak 1971 dengan menyertai program Bakat TV terbitan RTM, hidup sendirian sejak 35 tahun lalu selepas berpisah dengan Allahyarham suaminya, Raja Haron Raja Aziz pada 1986.

Mereka dikurniakan dua anak iaitu Atilia dan Raja Ahmad Shah.

Raja Haron mening gal dunia pada 28 Julai lalu akibat masalah jantung.

 

 

 

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LP

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lepat Pisang

SUMBER:HM

Be the first to comment

Leave a Reply