“Kemain Sama Dengan President!” – Anzalna Terhibur Wajah Anak Disamakan Dengan Vladimir Putin

 

Baru-baru ini, pelakon jelita Anzalna Nasir telah membuat hantaran di laman Instagram memaparkan cahaya mata keduanya, Mohamad Emirhan.

Menerusi hantaran tersebut, Anzalna atau nama penuhnya Nur Anzalna Md Nasir dilihat meninggalkan ucapan selamat ulang tahun buat anaknya yang kini sudah berusia enam bulan.

Malah, pelakon berusia 34 tahun itu turut terhibur apabila ramai yang menyamakan wajah anak keduanya itu dengan Presiden Rusia, Vladimir Putin.

Kemain Emirhan orang samakan rupa dengan president! hahahhahahaha

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Anzalna Nasir (@anzalnanasir88)

Meninjau di ruangan komen, perkongsian tersebut turut mengundang rasa lucu orang ramai apabila melihat kecomelan anak kepada pelakon Love You Mr. Arrogant itu yang disamakan dengan orang Rusia.

Info tambahan, Anzalna telah mendirikan rumah tangga bersama Hanif Zaki pada Februari 2016 dan dikurniakan dua cahaya mata lelaki, Mohamad Eidrees dan Mohamad Emirhan.

 

 

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LP

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lepat Pisang

Sumber:  https://beautifulnara.com/

Be the first to comment

Leave a Reply